Tuesday, September 10, 2013

DIY Bilik Pengantin 2013

Hi B2B,

Harini nak kongsi pengalaman dan cara-cara Lina gunakan untuk decor bilik pengatin yang Lina buat DIY je. =) Sebab kekangan kesihatan mak yang xberapa sihat, pelamin terpaksa dibatalkan tapi kami amek keputusan buat majlis simple but memorable. So just hias bilik pengantin utk kawan dtg singgah jenguk pon jadi lah. hehehe

Barang2 Lina guna untuk decor ni byk Lina pinjam dan cost down material yang Lina beli kat Cowboy and dari pembekal brg pengatin. Barang2 decor ni lina ada buka untuk sewaan utk B2B yg berminat nk decor or yg cost down plan. hehehe. bleh view kat post ni ye. http://adreamof2dove.blogspot.com/2013/03/sewaan-lampu-chandeliar-bantal-akad.html

So barang2 lina guna untuk decor lina bahagikan ikut bahagian k. Senang korang nk plan. Mood excited time plan. alhamdulillah. menjadi. =)

Untuk dinding:

1. Kain net putih semeter dlm RM4.50. 
Untuk penuhkan dinding bilik Lina pakai 4 keping x 3 meter panjang. So beli 12 meter potong 3 meter stp 1. Labuh cntik klau smpai ke lantai ye. Klau dinding umh tnggi or rendah. Better ukur dlu tnggi dinding tu sbelum gunting kain. Utk pasang langsir Lina pakai tali je tau! sebab nanti sng nak buka xpyh la smpai nk pasang rail langsir tu. ade lagi bagus. 
    Lina rembat langsir mak Lina je. Tu pon langsir mak Lina pasang untuk bilik stor. hahaha. lawa je tgok lina rembat je la. cost down 1. hehe

2. Kain langsir putih chiffon soft. 2 keping.
Ni Lina pinjam dgn kawan Lina die beli time die DIY mini pelamin tunang die. RM12 beli kat mydin.
Cost down no 2. hehe

3. Tali ikat kain langsir. 
Lina beli kat Nagoya. Dalam RM4 sepasang. Lina beli 2 pasang sbb nk bgi cntik bila ikat tgh2 nnt.

4. Wall paper atau pembalut hadiah.
Wallpaper ni Lina beli wrapper atau bahasa mudah pembalut hadiah je sebenarnya. Lina beli kat Cowboy. corak polkadot. Sebungkus dlm 4 ringgit ade 10 keping. Jatuh harga dalam 40 sen sekeping. JIMAT! Lina pakai 9 keping untuk dptkan 3x3 muat dgn kepala katil. Lina pilih color biru sbb langsir dh warna putih kan. so kat sni kena pndai mix & match k! =)

Cara-cara:
1. Pastikan katil tgh2 dinding or org ckp center.
2. Lekatkan wallpaper or kertas wrapper tu. 3x3 k. sekeping tu pndai2 la balut hadiah ape2 nnt k. hihi
3. Paku kiri kanan dh tengah2 dinding sblh ats utk sangkut getah langsir. Lina pakai getah langsir je. mcm gmbr bwh ni. semeter dlm 30 sen kot.
4. Sulam 2 helai kain net dulu lps tu 2 kain langsir putih then baki lagi 2 kain net. kira kain langsir plain white tu tgh2 k. =)
5. Ikat langsir putih yg 2 tgh2 tu dgn cara slps ikat tarik klr mcm tarik klr baju bila sisip dlm seluar tu. Untuk dapatkan alunan langsir tu. 

Untuk tepi katil. Lina tak letak side table, Lina letak lampu chandeliar. (boleh sewa dari Lina k!)
Pastu Lina letak latern ball kat ats lampu tu, asal plan nk sangkut ats dinding, tapi asyik jatuh je. last2 letak je ats chandeliar tu. hehehe. 

Cadar pengantin
Lina penat survey cadar pengantin ni. boleh dikatakan sgt mahal ok either kat Nilai pon harga smpai RM500 keats. So kpla Lina pikir, beli cadar biasa tapi yg licin org ckp yg berkilat and lps kawin leh pkai lagi. cost down 3. Lina pon tarik la en tunang skrg dh jadi suami la kan, msuk Jusco. Belek2 ade cadar bunga2 skit then warna putih kelabu biru harga pon not bad dlm RM280 je. siap comforter tu yg mahal skit kan. normal la. Lina beli queen size sbb katil queen size. 

Hias depan katil
Lina beli carpet bulu2 tu kat Nilai. dlm RM50-RM70. dah lupa harga dia. mcm gmbr bwh ni. kaler agak lari skit sbb warna kelabu xde. amek color coklat sbb nnt leh pkai nk mix & match ltk bwh coffee table ke. cost down 4. hehe



Hujung kiri bilik ade meja make up, Lina letak pasu ng fresh flower biru, bunga kekwa ja. bunga tu color biru. Bila flash depan cermin nmpk cntik kat corner. =)

Untuk hiasan ats katil. Lina DIY swan putih. couple. Ni Lina bljar kat youtube je. nnt ade masa Lina share k. Klau yg tak sabar leh email Lina. Email ade kat sblh kiri blog tu.

So gmbr bwh ni hasil DIY bilik pengatin oleh Lina. Ade ng hantaran Lina DIY jugak theme biru ng bunga matahari utk pihak lelaki. Bekas tu leh sewa klau ade yg nk DIY k. hehehe

Feel free klau nak tny ape2 kat comment bawah ni k or leh email. 
Happy DIY B2B!

No comments:

Post a Comment