Sunday, September 22, 2013

Resepi Bihun Goreng Singapore Simple!

Hi & Assalamualaikum,

Harini Lina nk share recipe Bihun Goreng Singapore yang simple! Alhamdulillah, klau en suami makan bertambah la. hehehe. 

Menu ni Lina masak untuk 2-3 orang ye. Maklum la keluarga kecik lagi. 

Bahan-bahan A

3 ulas bawang putih
1 ulas bawah besar merah
10 biji cili padi (suami Lina suka pedas, so kena extra cili.)

Tumbuk bahan A- (tumbuk lagi sedap dari blander. ikut kemahuan anda k. =)

Bahan -bahan B
2 inch lobak merah - dihiris memanjang
1/2 pack bihun - di rendam dlm air suam ( jgn terlalu panas air ye nnt bihun terlalu lembik)
1/2 ketul dada ayam- dipotong kecil2 ( Lina slalu beli bahagian dada yg siap potong kat Mydin, mudah nk masak. hehe)
2 ekor sotong - dihiris.

Bahan-bahan perasa

1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
3 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

Tumis Bahan-bahan A sehingga naik bau atau nmpk bawang putih dh kekuningan sedikit. Masukkan ayam dan sotong dan sedikit air. Air ni letak sbb nk bagi ayam dan sotong masak at the same time tak nak bwng2 tdi kering hangus. Bila ayam nmpk berubah warna dari daging mentah ke warna putih masukkan bihun dan bahan- bahan perasa. Gaul sebati. Kecil kan api untuk bia bihun masak. last masuk kan hirisan lobak. 
SIAP DIHIDANG! 

Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment